Tuesday, March 17, 2009

moved:

Thursday, February 12, 2009

keje lagi.

hari ni, aku marah kama. haha. padan muke die. sape soh sukati je nk cancel UAT. hangin la aku. ari selasa ritu pon dah cancel. arini nk cancel lagi? owh no no no!
dia call, ckp tk bole dtg. aku dh panas. laju je mulut aku sound die. apsal x ckp kemarin? kmarin beriye nk dtg. ckp ok. last2 pagi ni call ckp nk cancel? dh la aku dah order makan minum tuk pagi, tghari n ptg. itu belum msk bab dah janji ngn user? nnt biseng pulak user. sape nk jawap? reputasi bptm yg tercalar lagi nnt? (eheh...ayat canggih tul.). erm....1stime aku marah. aku ckp ngn dia, kalau tk nk dtg ckp sniri la ngn mr gan or puan fatma. aku mmg dah lama tension ngn dia. mmg asek buat perangai org tk bertanggungjawap. mentang la aku ngn kak zura jenis yg lembut(kak zura je) n mcm kanak2 ribena. suke2 die je...
tp sekali aku marah....hah, rasekan! haha.
then aku ada discussion ngn puan. bincang isu sistem hcd la jugak. kama call lagi. aku bg kat puan. biar puan je ckp ngn kama. last2 bole pulak kama ubah statement dia, katanya dia tk ckp pon xnk dtg. macam cipan betul.
so arini kama dtg jugak. jmpa puan. bincang2. dia janji nk siapkan semuanya 20th Feb. so we will wait n c. tp...kalau ikut pengalaman aku, tk mungkin. tk tahu la apa nk jadi lepas ni.
kitorang td pon kena jugak ngn puan. tp puan tk de marah. puan mintak kitorang sit down n buat blk flow menda alah tu. so spanjang hari sibuklah kitorang bincang. aku, lan n fifi. tgk blk sistem. check error. apa lagi yg tk kena. buat dfd. sangat2 lah bz! serious aku mmg tension abes! asek tension ngn keje je skrang ni...

Monday, February 02, 2009

hujan lagi...

merenung tingkap depan aku, hujan turun lebat.
hujan... mengingatkan aku pada seseorang! haha.
erm...2 hari lepas, aku tringin nk mkn secret recipe. munah kebetulan ada kelas driving. kakak aku masih kat penang. kak pah jumpa kawan dia. jadi aku xda geng. namun ku tabahkan jua demi nk mkn tiramisu. dalam hujan yg agak lebat ku redahi juga. dah la sorang2. aku msk secret recipi. jengok2 kek. tiramisu xda. erm...xpe la. mkn je apa yg ada. perut dh lapar. aku duduk. parking kat tepi tingkap. sambil tgk hujan. aku order nasi grg thai. air apple(aku lupa la nama dia). then classic cheese. mkn sambil tgk hujan. dan layan blues... hehe... aku suka suasana mcm tu.

esok akan mulakan blk sesi memeningkan kepala. arghhhh...keja byk. bosan! semakin bosan dengan keja aku. rasa mcm nk brenti keja pon ada. tekanan perasaan betul. 1stime aku rasa keja yg sangat2 byk n aku macam tk mampu nk settlekan. arghhhhhh... help me!

sekadar renungan...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup?
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu?
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi?
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya?
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal?
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal??

Thursday, January 29, 2009

retreat bptm 2009

tengah mendesign buku program tuk retreat bptm 2009. kat opis terlalulah bz sampai tk sempat nk buat. jadi blk buat kat umah je. skrg ni mmg sgt2 bz. rasa mcm nk demam je...
penat la mcm ni...mana nk tgk ehcd, mana nk tgk profail latihan. 2-2 pon memerlukan komitmen yg besar! ehcd nk kena focus on design. tp tersangatlah banyaknya...then UAT lagi, doc after UAT lagi...huhu... manakala profail latihan pulak kena settlekan coding yg dah lama aku tk sentuh...huhu... help! help! design kmk pon tk sempat nk tgk balik. en man dah x tanya. agaknya dah malas nk tnya kot...haha. then surat tuk jpa blom buat lagi, claim TNT pon belum buat.
tension.... tension...

er...tension2 pon sempat update blog... erm...bukan apa, melepaskan tension ni...haha

Monday, January 26, 2009

unwritten...

I am unwritten, can't read my mind, I'm undefined
I'm just beginning, the pen's in my hand, ending unplanned

Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find

Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions
Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else, no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins
The rest is still unwritten

Oh, oh, oh

I break tradition,
sometimes my tries,
are outside the lines
We've been conditioned to not make mistakes,
but I can't live that way

arini dok rumah sorang2. org len suma gi picnic. malas nk join. tringin nk duduk rumah arini. tp mcm boring la pulak. padan muka aku. haha.
tetiba tringin nk makan tiramisu. sesapa jom teman aku gi secret recipe. bestnya kalau ada org nk teman...

Saturday, January 24, 2009

suatu masa...

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah


Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

baru smpai penang...penat...tp sempat bukak laptopp surf intenet. harhar.electrik xda. gelap gelita. erm...gelap aku bole tahan lagi, tp panas? arghhh...panas...panas...huhu

aku akan kaji sedalam2nya perkara itu. then fikir semasak2nya n decide apa yg patut dilakukan... we wont gain anything, if we dont want to take the risk. !!!

Wednesday, January 21, 2009

aku yg tension...

hari ni tersesangatlah sibuknya. ada UAT hcd. mr kama x dtg. dia ckp ada hal. aku mmg hangin ngn dia sejak dari semalam. dah byr tp tk nk buat keja. semalam kak zura ckp dlm blk mr gan dia asek bg alasan je. last2 kak zura yg kena.mentang2 la kak zura tu baik. ingt bole ke buli boss aku? sibbaik aku tk de. kalau x...silap la dia... lunch pon kitorang teruskan juga sesi uat. kepala mcam nk pecah. input byk sgt. asalnya mmg ngeri. nk masuk bilik tu kak zura dah pesan,, timi baca la doa byk2. supaya kita tk kena hentam ngn diorang. alhamdulillah...diorang mcm ok. tk mcm nk telan. kitorang mulakan uat. tp akhirnya aku rasa mcm dah jadi sesi urs. aisehhhh...patutnya urs buat mula2. tp user sekarang baru la ckp nk itu, nk ini... dulu tk nk ckp...
esok mesti senapang akan panggil kitorang msk bilik dia. bersiap sedia la untuk di tembak...huhu...

Monday, January 19, 2009

aku dan... pintu.


kata orang, musuh terbesar adalah diri sendiri.
kata orang juga, peperangan terbesar adalah berperang dengan diri sendiri...
jadi patutkah aku berperang dengan diri sendiri?

aku macam berdiri dihadapan pintu. memegang tombol tp takut untuk membuka. terus memegang sekian lama. hakikatnya aku masih disitu. dihadapan pintu. aku tak tahu apa yg ada disebalik pintu. bukan tak ingin mencuba namun aku terlalu takut untuk melihat kenyataan yg ada dibalik sana. takut untuk gagal? yup! aku akui, aku adalah seorang yg takut untuk gagal. aku takut dengan diri sendiri.

erm...aku akan cuba pecahkan pintu tu. tak kira macam mana pon, aku akan pecahkan jugak pintu tu... aku akan... aku pasti akan... i'm goin 2 try...

Sunday, January 11, 2009

sebelas januari...

sempat jugak curi2 masa taip blog arini. sebelas januari. td tulis tarikh baru perasan. erh 11 januari?dulu suka bangat lagu tu... erm...masih dengar lagu ni dengan perasaan yg sama...

hari ni rilex2. bgn awal. kul 6 dh bgn. ntah. smlm mimpi x best. tk bole tido. kemas2 blk. tgk cd. then ptg akak aku dtg. lepas ni untuk tempoh spuluh bulan dh ada geng duduk kat cni. hehe...
esok aku amek cuti. ada hal penting. selasa mesti kena menghadap papa gan. mesti dia biseng aku lambat apply cuti. blom approve dah cuti. erm...nk wat camna...terpaksa...

kmarin cari hukm. sesat! harhar. signboard tu tipu! huhu... puseng2 aku ngn kak pah. nway thanx 2 encik fawjool sbb tlg selamatkan kitorang. hehe. aku call nk tnya jalan je tp encik jool dgn baik hatinya nk dtg. errr...aku terharu...jasamu dihargai...(mesti dia kata, budak ni dah jauh tersesat ni. kang kalau x tlg nnt ntah mana2 dia pegi..hehe)
then aku follow je kereta penyelamat. akhirnya sampai la hukm...encik jool hulur beg. aku blur2. owh...rupanya brg2 dari rantauan...ingt jugak dia nk bagi dlm tempoh masa yg terhad tu. apapon, kepada encik muhammad fawzul bin muhammad yusoff, terima kasih untuk segalanya....

>>kat bwh linkkan ke posting aku dulu...
sebelas januari...