Sunday, September 02, 2007

nilai sebuah karya


comic by ben. salah satu komik yg aku suka. mungkin sebab lukisan dia yg kiut dan jalan cerita yg simple. hepi ending.
aku pernah bercita2 nk jadik pelukis komik yg berjaya. dolu2 la. time kecik2. nk jadik pelukis jalanan. melukis dan berkarya sesuka hati.
melukis tidak mempunyai peraturan dan syarat. kerana sesuatu karya adalah bebas.
seni sukar ditakrifkan kerana setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka. pandangan dan pendapat boleh diberikan namun penilaian mutlak terletak pada pemiliknya. setiap pengkarya memiliki jari jemari yg mampu menghasilkan lukisan dengan cara yg tersendiri. unik dan menakjubkan.
lukisan. sebenarnya bukanlah sekadar lukisan. lukisan adalah sebuah cetusan ekspresi bagi sang pelukis. ianya merupakan medium untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, ataupon perasaan. suatu lukisan mungkin mempunyai seribu satu cerita disebaliknya.
ekceli lama dah aku tk melukis ni. asek kata nk lukis tp tk lukis2 jugak. feel tk da kot.

0 comments: